Thursday, March 24, 2011

tiket kapal terbang untuk raya 2011 !

berikut adalah senarai harga tiket kapal terbang untuk ke kampung halaman anda. Yang ada dalam senarai adalah Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
a
Airlines yang dipilih adalah Firefly dan Airasia sahaja. MAS pun tidak kurang murahnya, tapi, website dorang punya user-interface, aku tak minat. leceh. Kalau berminat dengan MAS, boleh klik sini. Untuk lebih detail bagi Airasia dan Firefly, klik sini untuk Airasia, dan sini untuk Firefly. Perbezaan? Firefly naik dekat Subang, dekat, tapi tak tau ada public transport ke tidak. Airasia, naik dekat LCCT, KLIA. Bas bersepah sepah dekat KL Sentral dengan harga serendah RM 8 sehala.
a
Kita mula dengan Kota Bharu, Kelantan. Dulu time dekat matrik aku ingat lagi ada orang Kelantan penah cerita dekat aku, orang nih perempuan. Dia cakap, mak aku tak bagi kahwin dengan orang luar (luar dari Kelantan). Tanyalah dia; Kenapa? Dia jawab; Sebab susah nak balik raya. Kalau nak kahwin dengan orang luar pon dengan orang KL je sebab kalau raya boleh balik naik kapal terbang. Hahahaha
a
a
Yang menarik, tambang pulang ke KL adalah serendah RM 14 ! Mana nak dapat wei. Naik bas pon dekat RM 50! Tapi pergi, RM 200 ++
a
a
Airasia, lebih reasonable untuk pergi dan balik. Dan, cabin crew dorang, zillions time hotter than MAS, dan Firefly. Kemudian, Kuching, Sarawak. Kalau kitak orang Sarawak, ini sajalah jalan korang untuk pulang ke kampung, melainkan tiba tiba ada jambatan dari semenanjung ke Sarawak.
aaa
a
Standard harga. Semua RM 100++ untuk Firefly. Tapi, kalau korang beli awal, dapat murah giler. Serius. Ini adalah harga tak murah dah.
a
a
Oh Airasia lagi murah nampaknya, and again, cabin crew zillions time hotter ! Next stop, Kuala Terengganu. Selagi Lebuhraya Pantai Timur tuh tak siap, kapal terbang adalah jawapan terbaik kalu demo nok kelik ganu derah derah-kalau korang nak balik cepat ? tak reti kecek ganu T.T
a
a
RM 120 ++ untuk Airasia. Tapi pemandangan dalam flight itu adalah lebih baik dari Firefly mahupun MAS. Wahahahahaha.
a
a
Oh lupa nak cakap tentang Firefly. Walaupun pemandangan dalam flight tak seindah Airasia, tapi mereka ada sediakan complimentary muffin dengan juice. Ok lah kan? Tapi tiket ke Terengganu agak mahal sedikit nampaknya. Tempat berikutnya, Kota Kinabalu. Juga seperti Kuching, ini adalah satu satunya cara kalau korang nak balik kampung.
a
a
RM 143 ++ one way. Menarik menarik. Dan jangan lupa, pemandangan menarik dalam flight. Itu yang penting. Hahaha
a
a
Ok. Tambang pulang ke KL serendah RM 0.01 ! melampau murah. Cepat orang Sabah ! Beli beli beli !. Kalau dah habis, harga terendah berikutnya adalah RM 49. Not bad lah kan? Seterusnya Johor. Eh? Kan Johor ada highway? Jom tengok adakah berbaloi naik flight dari korang bayar duit minyak dan tol.
a
a
Berbaloi baloi. Lebih murah dari total bayar untuk duit minyak dan tol. Tapi, kalau nak balik ramai ramai, naik kereta lagi jimat. Adakah naik kereta lagi selamat? Tidak semestinnya. Ajal maut di tangan tuhan.
a
a
Pergi Johor serendah RM 14 ! Beli beli beli wei orang Johor. Tapi naik dekat Subang airport eh. Bukan LCCT. Seterusnya dan terakhir sekali, Aloq Setaq. Berbaloikah hang beli tiket kapai terbang? Ke bayar tol Plus lagi berbaloi?
a
a
Pergi naik kereta, balik naik flight. Boleh? Sebab balik serendah RM 14 je ! Beli beli beli wei orang Kedah !
a
 
a
Reasonable juga untuk Airasia. Murah dari bayar tol dan minyak nampaknya. Tapi, kalau nak balik ramai ramai, kereta lagi murah. Tapi naik kereta ada pemandangan yang indah dalam flight? Tiada. Hahahahaha

UPDATE : Harga di atas adalah without texas taxes ! =)

16 comments:

  1. alaaaaaaa...yg kl->sabah x de ke 1sen?

    ReplyDelete
  2. ok, aku nak book balik aloq setaq! yeay!

    ReplyDelete
  3. nak naik Airasia kena tutup mata rapat2!

    ReplyDelete
  4. iefa : ade kot. kene rajin carik dekat die punya website tuh.

    ReplyDelete
  5. ish, betol-betol detail en adam kita bagi jadualnye. hmm. raya lagi 4 bulan ye.

    ReplyDelete
  6. timah : eh? kenape nak tutup mata? kita kene menghargai keindahan ciptaan tuhan. tengok sekali je, pastu tengok orang lain plak. hahahahhaha. sampai kat destinasi, sume cabin crew kita dah tengok XD

    ReplyDelete
  7. esa : selamat datang ke blog ini. hahaha. aah lagi 4 bulan, tapi tiket dah mahal. ade duit lebih ape salahnye kan?

    ReplyDelete
  8. this is very informative! menarik lah adam ni. kelakar. ape view yg indah sgt dalam air asia yg adam mksudkan?

    ReplyDelete
  9. trining : erk. nak tau? try book satu flight with airasia. =)

    ReplyDelete
  10. adam just nak gtau, firefly mmg la 0.01 sen but jgn lupa tax die rm 35 ye....

    ReplyDelete
  11. oh. patutnya taip RM 0.01 ++
    ++ tuh RM 35. hahahaha

    thanks anonymous =)

    ReplyDelete
  12. no biggie... i think you should fly with mas or firefly la even though the price a bit mahal... their service is better then airasia... it worth it.... trust me.... i know...

    ReplyDelete
  13. you know but i dont know you? sape nih anonymous? curious curious. hahahaha

    ReplyDelete
  14. keep guessing.... a hint... i am your friend where you currently studied.... good luck..!!!! (:

    ReplyDelete
  15. anonymous : curious nih! siapakah anda ?

    ReplyDelete