Wednesday, January 18, 2012

Osaka Keseorangan : Osaka Castle Museum

Jadi kita terus ke entry pertama pasal pengembaraan keseorangan ke Osaka. Destinasi pertama, ke ;



Osaka Castle Museum ! Osaka Castle Museum ini hanyalah 15 hingga 20 minit perjalanan dari Exit no 18, Stesen Tanimachi 4-Chome. Stesen Tanimachi 4-Chome ini ialah salah satu stesen Osaka City Subway, Chuo line. Bandingkan dengan Malaysia, dekat KL kita ada Stesen KLCC, dan Stesen Bukit Jalil. Masing-masing dekat Ampang line dan Kelana Jaya line, macam tuh lah.



Jauh perjalan ke untuk ke Osaka Castle Museum ini. Sepanjang perjalanan, akan nampak orang Jepun berjogging dan ber-dog walking. Walaupun suhu pada masa itu, 7 darjah celcius !



Ini ialah Kyokuto Memorial Tower.



Ini pula ialah Osaka Museum of History. Tak sempat masuk dalam sebab kekangan masa. Dekat dalam nih boleh belajar semua tentang Osaka, dari zaman purba (pertengahan kurun ke-7) sehingga Osaka yang sekarang. Selain Osaka Museum of History, ada juga Peace Osaka atau Osaka International Peace Center. Dekat sini pulak, ada semua benda yang berkaitan dengan World War II.

Setelah jauh perjalanan, maka sampailah ke destinasi yang ditujui. Walaupun nampak macam bangunan lama, sebenarnya ini merupakan Osaka Castle Museum yang baru menggantikan ini ;


Ini Osaka Castle Museum yang lama. Mungkin sebab bangunan ini nampak macam bangunan di Eropah.


Osaka Castle Museum ini ada 8 tingkat kesemuanya. Masuk-masuk, korang boleh pilih, nak naik tangga explore satu satu tingkat, lepas tuh turun balik, atau naik lift pergi tingkat 5, lepas tuh naik tangga sampai tingkat lapan, dan explore Osaka Castle Museum dari atas, ke bawah. I chose the latter lah. 


Ini dekat tingkat 5. War scenes visualized with miniature figures. Smart giler. Figura figura kecil ini tentang "The Summer War in Osaka", menunjukkan peperangan antara Sanada, dan Matsuidara.


Gambar dari punggung pejuang-pejuang.


Pergi berperang naik kuda, dan membawa botol air yang besar, in case kehausan.


Bersungguh-sungguh melawan musuh !


Jangan nak blur-blur sangat time tengah perang nih !


Ini pula dekat tingkat 2.  Ada fakta dan figure tentang Osaka Castle. Dan juga full-scale replicas tentang Shachi (Dolphin shaped fish) dan Fusetora (crouching tigers) Itu 100% gold okeh.


Ini bukan replica atau figure model. Ini gambar umat manusia dari tingkat 8 Osaka Castle Museum. Ada Observation Deck, yang boleh tengok pemandangan sekitar Osaka. Kalau nak beli souvenir, dekat sini ada juga. Yang best nya, ada stereoscope, yang boleh tunjuk gambar landscape old Osaka. Cool giler. 


Boleh try topi ini kalau nak rasa pakai topi macam Oda Nobunaga.

Apa yang best tentang Osaka Castle Museum nih ialah, tak macam muzium lain, dekat dalam ni dia ada ceritakan tentang semua yang berkaitan dengan Osaka, dari segi istana dia ke, perang ke, semua cerita dalam bentuk video yang 3D ! Menarik giler. Tapi bukan semua tempat boleh tangkap gambar dalam nih, sebab beberapa tingkat yang tak boleh, untuk melindungi barang barang bersejarah mereka.


Jalan baik baik, nanti jatuh.

Satu je yang tak best bila kau pergi sorang-sorang. Takde orang nak tangkapkan gambar kau. Itu je. Oleh yang demikian, terpaksalah bergantung kepada timer dekat kamera, dan juga objek-objek di persekitaran. Cuba jugak mintak pertolongan warganegara Jepun untuk tangkapkan gambar, tapi mereka reluctant pula.

 
Letak kamera dekat bench, lepas tuh lari lari pergi belakang batu tuh. Ya, saya sangat menyedihkan (--_) But what to do? Tapi pengalaman pergi sorang-sorang, priceless.

Itu sahaja tentang Osaka Castle Museum. Selepas itu kemana pula ? Banyak lagi tempat. Tapi untuk entry seterusnya, ke ;


Panasonic Center Osaka. Untuk apa ? Tengok backdrop dekat atas tuh. Hahaha. Dan juga ;


Meninggalkan awek hot untuk menaiki Aqua Liner dan bersiar-siar sekitar Okawa River selama 60 minit.

Jadi, kalau ada sesiapa yang baca post sampah ini, terima kasih sebab baca. Kalau tak ada orang baca, diam-diam sudah.
.

10 comments:

  1. haha. macam best je travel sorang2 ni.

    ReplyDelete
  2. gmbr tuan blog blkg batu mcm sedih sgt je..
    huhu :DD

    ReplyDelete
  3. noreen : agak sedih lah, gambar tak jadi. hahaha

    ReplyDelete
  4. Tgh ketakutan sbb nnt travel ke korea sorg2 in October..bg tips sket boleh?

    ReplyDelete
  5. which part of korea ? kalau seoul, tak de masalah kot. sebab senang public transport dia. boleh pergi ke Korea Plaza dekat jalan yap kwan seng dulu untuk tahu details pasal korea dan seoul =)

    have fun !

    oh kalau ada iphone, download apps "jihachul"

    ReplyDelete
  6. Gambar time kapsul untuk orang 5000 tahun akan datang tak amik ker..

    ReplyDelete