Pertama : Kena download, dan isi borang permohonan visa. Borang itu boleh di download di SINI. Contoh macam mana nak isi borang juga ada disediakan.
Kedua : Tangkap gambar untuk visa Jepun. Kedai-kedai gambar patut tahu format nak tangkap gambar ini. Saiz dia 4.5cm X 4.5cm dan background warna putih, bukan warna biru. Dah tangkap gambar, sila gam gambar anda dekat borang di atas.
Ketiga : Sila isi dengan lengkap itinerary anda atau jadual perjalanan anda, apa yang anda nak buat sepanjang berada di Jepun. Boleh di download di SINI
Kempat : Surat dari syarikat anda bekerja, dan hendaklah menggunakan letterhead syarikat. Kalau anda student macam saya, boleh je download confirmation slip anda yang mengatakan anda belajar di universiti tempat anda belajar.
Kelima : Dan untuk pelajar dan juga mereka yang tidak bekerja, kena juga buat satu lagi surat untuk explain dekat dorang macam mana dengan perbelanjaan anda di sana. Ada sugar mummy nak tanggung ke, atau anda guna simpanan sendiri. Macam aku, tulis je guna simpanan sendiri. Oh, surat kena dalam Bahasa Inggeris. Walaupun mereka pernah jajah kita, tapi mereka tak reti Bahasa Malaysia ya. Jangan risau, Bahasa Inggeris mereka pun tak hebat. Contoh ;
Pamphlet rasmi yang diambil dari kedutaan Jepun. Cuba cari kesalahan. (Hint : Instead of "Does" they use "DOSE")
Keenam : Buku bank dan bank statement. Diorang nak tahu, kau nih jenis berjimat ke boros sakan. Kena tunjuk dekat dorang. Kalau guna Maybank, kan Maybank tak bagi buku? Maka kena print korang punya latest transaction, dan tunjuk dalam akaun korang ada baki berapa ringgit. Kalau kurang dari RM 8,000 orang cakap susah nak lepas visa nih. Oleh itu, pinjam lah duit sesapa untuk cukup kan 8 ribu. Lepas dah dapat visa, pulangkan. Lepas dah print dekat Maybank2u tuh contohnya, kena pergi dekat Maybank tempat korang bukak akaun Maybank tuh untuk dapat kan pengesahan certified true copy. Lepas dah cop, pastikan officer Maybank tuh tandatangan. Bukan aku suruh, embassy tuh yang suruh.
Ketujuh : Kalau pergi bercouple atau ikut family, kena ada bukti (surat beranak anak atau surat nikah) tentang hubungan anda dengan orang yang ikut.
Kelapan : Kalau dah beli tiket flight, sila lampirkan salinan tiket yang syarikat kapal terbang tuh emailkan dekat korang.
Bila dah siap semua, maka dapat lah ini ;
Gambar telah diedit agar nampak macam Sultan dan juga supaya lebih menarik, seksi dan appealing kepada pembaca wanita. Ada soalan ? Sila lontarkan soalan anda di ruangan komen di bawah.
UPDATE : Lupa nak cakap. Berapa lama siap? Aku hantar permohonan dan passport pada hari Selasa, hari nih (Khamis) dah siap. Cepat jugak. Pejabat kedutaan bukak pada pukul 8.30 pagi, tutup untuk rehat pada pukul 12 tengah hari. Buka semula pada pukul 2 petang, dan tutup pada pukul 4 petang. Di nasihatkan, bila nak hantar borang dan semua benda ini, pergi awal pagi. Time nak collect, pergi petang pun tak pe, sebab tak payah beratur dan ambil nombor. Ada kaunter khas untuk "collection"
.
.



susahnya nak buat pulak. -__-"
ReplyDeleterayyan : tuh lah. kalau tak sebab tiket flight murah amat, tak pergi dah jepun nih. leceh nak bervisa bagai. hahahaha.
ReplyDeleteadam....
ReplyDeleteak da rasa kesusahan b'urusan ngn kedutaan jepun hjg thn 2010.. tp serius bessssst g jepun. selamat cuci mata dan amik gmbr byk2. hehe..
izzah : thanks ! excited jugak. pre graduation trip katanya. hahahha
ReplyDelete日本へようこそ!welcome to japan ;D
ReplyDeletenak elakkan future holiday di jepun. kehkehkeh
ReplyDeleteSyazwan Sarawak Retis : Eh? Kenapakah?
ReplyDeleteadam! suka sangat entry ni! sgt2 informative! tapi mak aiii lecehnya byk hal lak nak pergi jepun ek. cgratz anda telah menyiapkan semuanya dgn jayanya! not easy kan!
ReplyDeletenak ikut pergi jepun... :(
Trining : agak leceh lah. tapi dorang buat sume nih sebab tak nak orang salah guna visa untuk kerja dekat jepun (--_).
ReplyDeletejom jom ! Fly next week friday, sempat lagi. hahaha
omaigaddddd. i never thought that nak buat visa Jephone is going to be this hard. tiket dah beli. ttbe dah xde semangt nak pi Jepun. sebab pasal rm8000 kena ada dalam bank. hhuuhuhu
ReplyDeleteFaris : not necessarily 8k kot. cube lah try
ReplyDeleteSekarang dah 8K ke? tiap-tiap tahun naik agaknya. masa saya pergi 2009 dulu 6K kna ada dlm akaun. tahun 2008 mak pergi 5K..tahun depan tah2 dah 15K..adoi...jepun oh jepun.!
ReplyDeletetuh lah. makin lama makin mahal !
ReplyDeleteI did my visa last 2 weeks. And they need rm6K in the account and the minumun is 5 thousand. But i have only 4 thousanf ringgit or something but alhamdulillah they approved my visa because ive booked my flight and hotel. If u have less 6 thousand. Make sure to attach your flight and hotel bookings. Insyaallah lepas. :)
ReplyDeletei think they have problems with immigrant illegally working in Japan kot. so as long as we have proves that we are going back to Malaysia again (flight tix), should be ok. Kot
ReplyDeleteGambatte...! Bersemangat tinggi untuk bekerja di sana walau pun jadi tukang cuci pinggan.
ReplyDeletesalam, nk tanya yang bank statement tu yg kne bayar rm10 + rm1 per page tu ke?
ReplyDeleteAnon : statement tuh, kalau guna maybank2u, boleh je print sendiri yang latest transaction akaun kita, lepas tuh mintak bank tempat kita bukak akaun tersebut, sah kan. suruh dia cop dan tanda tangan. sebab kalau takde tanda tangan, akak dekat kaunter dekat kedutaan jepun tuh marah. true story. harap harap jawapan ini membantu
ReplyDeletekalau pergi 4 hari,tp dlm bank ad RM10 tp ad tiket pergi balik mcm mne?
ReplyDelete-kebun-
Tak boleh rasanya. kena tunjuk dalam account ada duit sebab nanti diorang ingat kita pergi sana nak kerja.
Deletekalau nk pergi melancong kena visa jga ka..1minggu nk pergi...apa yg perlu buat...(tumpang tanya)terima kasih
ReplyDeleteye, kena. kena apply macam dekat atas (entry blog)
Deletekalau dlm account ade less than 2k je and stay about 5days.boleh ke lepas visa tue? attach return tix...macam mana rasanya?
ReplyDeleteRasa tak boleh kot sebab saya pernah tanya tour agent. Tak sure :(
DeleteSalam...sory nak tanye klo contohnye bulan 3 nak pg jepun bulan berapa dah kene apply visa then surat pengesahan majikan tu valid sampai bile ye if kite apply sekarang?...tq
ReplyDeleteSebulan sebelum boleh apply dah. Cepat je dia approve, dalam 2-3 hari masa bekerja :)
DeleteOk tq
DeleteKwsp boleh dijadikan statemnt ke?
ReplyDeleteItu saya tak sure. Tak silap dia nak statement dari bank..
DeleteSalam...kalau kite photostat buku penyata asb tu.itu kene certified tru copy jgk ke?tq
ReplyDeleteWassalam.
Deletekena, tq :)
Slm...kalau surat pengesahan majikan tu kene in english ke?coz gomen bg dlm bahasa la pulak
ReplyDelete