
I am definitely very, very young at heart. Hahaha. Dimanakah gambar ini diambil ? Di Kuala Selangor, sempena Tourism Selangor Dayout (#TSDayout) anjuran Toursim Selangor semalam. Best tak Adam ? Sangat best ! Kalau ada peluang lagi, mesti nak join ! Oh untuk pengetahuan, #TSDayout ini monthly punya program. Bulan lepas, mereka pergi rafting, dan bulan Januari, mereka pergi Broga.

Of course lah kami naik bas, tak kan naik lori. Bertolak dari Pizza Hut, Lucky Garden Bangsar (our breakfast is not Pizza Hut by the way) pada pukul 8.20 pagi. 10 minit kemudian, berhenti rehat dekat R&R. Kelakar kan ? Hahahaha. Dalam perjalanan, kami singgah dekat satu kuil, dan juga post office yang sangat old-school.

Inilah satu-satunya post office yang ada jual Setem Kelip-kelip, di Malaysia. Kelip-kelip itu sejenis serangga (Firefly) bukan setem yang berkelip-kelip. Lepas tuh, perjalanan diteruskan, takde berhenti lagi, sampai lah kami tiba di Taman Alam, Kuala Selangor. Sebenarnya, objektif utama #TSDayout kali ini ialah untuk mengutip sampah di sekitar kawasan baya bakau, dekat Taman Alam. Dan sampah sampah ini, bukan dibuang oleh masyarakat setempat kawasan Kuala Selangor, tapi dibuang oleh orang seperti anda semua di hadapan skrin komputer ini.

This is not play-play ya, kami semua memang kutip sampah yang korang buang dalam longkang tuh. Lepas korang buang sampah dalam longkang, sampah sampah itu akan dibawa sampai ke sungai, dan air dari sungai akan membawa sampah sampah itu ke sini, sebelum ke laut. Kira paya bakau nih bertindak sebagai filter lah. Kalau takde paya bakau, sampai ke laut lah sampah korang. Untuk perhatian, saya baik, saya buang sampah dalam tong sampah. Sampah-sampah saya sampai ke tempat penghimpunan sampah, bukan ke sini. Dan saya juga recycle.

Ini monyet David Beckam (notice the hair?) Oh, dan bayangkan, dalam masa 20 minit sahaja, kami mengutip 116 kg sampah ! No, this is not something to be proud of. Like seriously, malu oi. Semua orang patut membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Saya berikrar untuk lebih recycle, dan mengurangkan penggunaan plastik. Kalau pergi shopping mall, tak nak ambil plastik bag dia. Disamping aktiviti mengutip sampah, ada juga aktiviti lain. Seperti menangkap gambar, melawat Bukit Melawati, dan macam-macam lagi lah.

No, this is not Disneyland. Tram ini digunakan untuk membawa pelancong ke Bukit Melawati. Selain Tram ini, kenderaan lain sama sekali tidak dibenarkan naik ke Bukit Melawati ini. Apa yang ada dekat Bukit Melawati ? Ada lighthouse, dan juga bekas tapak Istana Lama selangor.

Ada juga beberapa mitos yang diceritakan kepada kami tentang tempat ini. Antaranya, tentang kisah Dayang yang dibunuh oleh Sultan Selangor pada masa dahulu. Dayang tuh telah disyaki berzina dengan siapa tah, lepas tuh dibunuh, di atas sejenis batu yang dikenali dengan nama Batu Hampar, dan darah Dayang itu tadi telah di bawa ke seluruh kawasan Istana Selangor, sebagai pengajaran kepada rakyat untuk tidak berlaku jahat. Dan akibat dari kisah ini, terdapat pokok angsana, yang berdarah merah ditemui di sini.

Setelah di toreh pokok angsana itu, memang betul, getah dia berwarna merah, seakan-akan warna darah. Dan tekstur dia pula macam darah nampaknya. Oh model tangan ini ialah Justin, boyfriend Jessying.
Heheheheh

Rama-rama dan bunga hutan.

Selepas itu, ke kilang pottery ! Tahukah anda, kilang membuat periuk tanah asli ini telah diusahakan oleh En Ramada selama 42 tahun ! Kagum. Barang-barang yang diperbuat disini dijual dari harga serendah RM 0.10.

And this is our dinner ! Sotong goreng, ikan stim, udang masak susu (kot) dan Green Curry Crab, hammer sold seperately. Selepas semua orang dah terbongkang kekenyangan, kami semua pun bergerak ke venue terakhir untuk hari itu, kampung Kuantan. Dekat sini, ada sedikit taklimat tentang Kampung Kuantan, dan ucapan alu aluan oleh MP Kuala Selangor, Dr Zulkifli. Oh dan lupa nak cakap, sepanjang program #TSDayout ini juga, ada photo contest, dimana 6 orang pemenang akan membawa pulang hadiah RM 250, and guess what ?

;)

Program kami yang best ini diakhiri dengan perjalanan selama 20 minit menaiki bot, dan melihat kelip-kelip. Gambar diambil dari SINI. Sini memang susah nak tangkap gambar, sebab tak nampak apa. Tapi best kalau kita menghayati betapa indahnya ciptaan tuhan ini. Kelip-kelip ini bukan tinggal dekat sini, mereka tinggal dekat tempat lain. This place is like their hangout place lah, like Midvalley and OU to us human.
All in all, it was a great experience, and I would like to thank Tourism Selangor for this oppurtunity. Nak join jugak ? Senang je, Follow Tourism Selangor dekat Twitter dan Facebook page mereka, (klik SINI) dan tunggu pengumuman dari mereka. Semua orang boleh join. Dan ianya free ! Kalau kena bayar pun, siket jek. Sebab pengalaman dia, priceless. Join lah ;)
Oh, jangan lah kau bermimpi nak pergi Sarawak, ini Tourism Selangor ok. And congrats to Tourism Selangor, Pemenang untuk Best Social Media Campaign of the Year (My Selangor Story) dan Finalist untuk Best Social Media Award - Public Agency of the Year, Malaysia Social Media Week 2012
.
Whoa! Cepat gile. It was nice to read from other people's perspective. Oh ya! Happy Belated Birthday Adam :) Akhirnya..join jugak #TSDayOut. VERY VERY happy that you enjoyed it. Penat tapi worth every blister of it :P
ReplyDeletehahahaa. VERY VERY VERY Happy too ! Ya, worth every blister of it, especially when you won RM 250 kan. Hahhaha. Thanks Dian ! Next time nak join lagi ~ #TSDayout Rocks ! Keep it up =)
ReplyDeleteok baru sedar kat selangor banyak jugak tempat yang tak explore lagi. btw congrats adam . :)
ReplyDeleteAliah : tuh lahh. tak tau jugak banyak gila tak explore lagi dekat Selangor, walaupun duduk pun dekat je dengan selangor. Aliah, folllow Tourism Selangor (@TourismSelangor) Jom join next month punya #TSDayout ! heheheh.
ReplyDeleteand, thanks =)
dah follow dah! :D
ReplyDeletei like your pic..nice!
ReplyDeletewah..tahniah bro menang! nanti rajin2 la blaja bukak ketam tu yer..hahah
ReplyDeleteadam! this is a nice post, really. feels like your sincerity is manifested in the post. donno how is that possible but it just is!
ReplyDeletebtw i live in kuala selangor but have never been to taman alam or kuantan kelip2. or i might've when i was a kid but have forgotten all about it.
and happy belaaaaaated birthday! :)not just a year older but a year better and wiser.
Aliah : GREAT ! =)
ReplyDeleteMK Kimi : Thanks ! I'm touched. heheheh
ReplyDeleteBro Amer : Crabs ? naah, i pass lah. Makan ikan je. dan sotong. hahahaa
ReplyDeleteTrining : Come join next #TSDayout ! Explore Selangor jom =)
ReplyDeletea year older, a year better and wiser, Ameen =)
Adam,
ReplyDeleteCeh aku macam tak percaya je kau dgn Amer kenyang makan seafood tu. Nice blog btw.
Nanti jom pergi outing sama-sama lagi.
Farah
WAHHH.. syoknyer adamm berbakti pastu bleh jln2 jugak :)
ReplyDeleteFuhhh..Untunglah jadi Duta Pelancongan..hehe..Tahniah bro Saya Monang RM250..miahaha..Memang banyak tempat menarik kat Selangor ni. Cuma perlukan pemantauan dan pembangunan conth pantai remis kat tak jauh dari kapar
ReplyDeletei still think she tabut and sepah teh sampah foryou guys a day earlier. in real fact, the place is actually superbly clean tau (wallahuallam... ehehhe). next time if schedule permits, i must join. takut terlebih riuh jek we all. HAhahahha... great meeting you and your blog. and no, it is soooo not merepek ok! its enjoyable to read!
ReplyDeletehello, salam singgah.. meetup mlm td singkat jek, tp ok laaa kan bro nk berkenal2.. continue bace semua post bro..
ReplyDeleteterus maju! waaaa kaa kaaa..
That So Farah : Kenyang tengok korang makan. Thanks ! Heheheh
ReplyDeleteZati : Best ! Jom lah join next time !
ReplyDeleteBro Jejai : Hahaha. Duta perlancongan tak berbayar. AAh, banyak gila kawasan dekat selangor yang menarik untuk di lawati XD
ReplyDeleteLily : no lah, those sampah were real sampah. Seriously. Hahahaha
ReplyDeleteKak dan Bro Cawan : betul ! Patut buat weekly meeting nih. heheheh
ReplyDeleteBEST NYE!
ReplyDeleteiefa : jom lah ! this April nye jom join ~
ReplyDelete