Wednesday, March 28, 2012

Pasar Baru Bandung

Kenapa Pasar Baru ? Tak tahu asal usul dia. Kalau tak silap pada tahun 2001, projek Pasar Baru ini telah diumumkan oleh Datuk Bandar untuk menampung bilangan peniaga yang semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin Pasar ini menggantikan Pasar Lama Bandung.



Tak, ini bukan Pasar Baru. Ini salah satu hotel/kafe yang terletak berhampiran dengan Pasar Baru Bandung. Klasik.



Spotted. Mahathir must be very proud.



Dalam perjalanan ke Pasar Baru, akan nampak sekolah nih. Mesti stress budak-budak yang belajar dekat sekolah nih. Kalau mak dorang tak cukup kain, mesti kena paksa beli dekat Pasar Baru sebab bersebelahan jek.



Kedudukan Pasar Baru ; Di tengah tengah Bandar Bandung.

Aku tak tahu lah barang dijual murah atau tidak (tapi aku rasa macam murah). Contohnya, kain songket satu meter 20,000 rupiah (dalam RM7-8) semeter. Jubah macam dekat gambar dibawah beharga dalam lingkungan 80,000 rupiah - 100,000 rupiah (RM 35-RM 40) Murah ?




Telekung pula, dalam linkungan 100,000 rupiah juga. Selain dari barang-barang wanita, ada juga jual pakaian untuk lelaki (jeans, kemeja dan sebagainya) tapi keoriginalitian barang-barang berjenama Lee Cooper, Levi's dan sebagainya adalah sangat was-was ya disini. Beli kalau korang yakin sahaje.



Obrol (Beg?) Macam dekat atas, berharga 30,000 -50,000 rupiah (RM11-RM18)

Yang best nya dekat sini, setiap kali kau jalan depan gerai-gerai dalam Pasar Baru nih, peniaga-peniaga akan cakap dengan suara yang merdu " Boleh belanja mas, tengok aja dulu" Tuh kira ayat standard untuk semua peniaga sebab semua macam ulang ayat yang sama je !

Oh tadi time check out Unique Guesthouse tuh, mereka panggil aku Om pulak. Pekejadanya mereka nih tak konsisten. Mana satu betul ; Kakak, Mas, atau Om?

Sekian, saya yang kompius
.

7 comments:

  1. hahaha..mmg konpiuss ~

    jelss asyk jalan je ! haha :D

    ReplyDelete
  2. murahnyaaaa macam harus je shopping sini!

    ReplyDelete
  3. Noreen : jalan jalan budget. hahaha.

    ReplyDelete
  4. aliah : murah ke ? Tak tau pulak harga barang perempuan dekat Malaysia -__-

    ReplyDelete
  5. OM -kalau dia tgk kau and rasa ko mcm da umur pakcik2//dia yg rasa dia sgt muda remaja

    KAK/MAS :sama macam abang...tergantung pada origin apa si dia yg ckp ngn ko.ada part indo panggil mas, ada yg panggil kak untuk title abang.

    huhuhu

    ReplyDelete