Tuesday, May 29, 2012

Yogyakarta : Gunung Merapi

Akhirnya, sampai ke Gunung Merapi, Yogyakarta ;



Muka di hitamkan untuk mengelakkan anda dari menekan butang 'X' berwarna merah dekat browser anda. Hahaha. Sebenarnya, tak sampai lagi ke Gunung Merapi, in fact memang tak akan sampai pun sebab kalau sampai, maknyanya aku tak akan ada disini menaip entry yang kejadahnya tah apa apa nih. Ada limit untuk mendaki Gunung Merapi, dan sila daki dengan orang yang di tauliahkan sahaja sebab pada tahun 2010, disebabkan kedegilan beberapa pelancong yang tetap mahu mendaki Gunung Merapi, lebih dari 300 orang terkorban. Innalillah.



Gunung Merapi, tanpa makhluk annoying di dalam gambar ini.

TIPS : Disebabkan Gunung Merapi adalah sangat aktif, (antara yang teraktif) maka ianya adalah sangat merbahaya. Dan tidak seperti Gunung Bromo di Probolinggo, Surabaya, aktiviti untuk melihat Sunrise di Gunung Merapi adalah sangat kurang. Tetapi, kalau berminat untuk mendaki, ataupun melihat sunrise di Gunung Merapi ini, sila pergi ke Vogels Hostel dan carik Christian. Rate untuk tengok sunrise adalah 135,000 rupiah (dalam RM 40, termasuk Breakfast, mineral water, dan snack) untuk guide, dan rate untuk tidur semalam di Vogels Hostel ialah 25,000 rupiah sahaja (kurang dari RM 10!). Next time aku nak tidur sana, serius mendamaikan. Tapi kalau Gunung Merapi nih meletus, pandai pandailah kau baca Yassin.

Di dalam gambar : Youssuef, Hanna, dan Christian. Kalau tak kerana aku ikut mereka, mungkin tak jumpa dengan Christian (not the religion btw) dan Gunung Merapi.

Perjalanan dari Bandar Yogyakarta ke Gunung Merapi nih senang, straight je, dalam 40 minit naik motor. Bila sampai je dekat pintu gerbang, kena bayar dalam 7,000 rupiah (RM2.30) untuk masuk, dan juga untuk bayaran masuk motor. Dan bila dah masuk, tanyalah orang sekeliling tentang lokasi Vogels Hostel. Cakap kat mereka, "Vogel di mana ya?" Dan Vogel disebut sebagai Vo-gel (gel macam geli) bukan Vo-gel (gel untuk bogel).



Mohon jangan close internet browser anda.

Sebelum bertolak untuk mendaki Gunung Merapi ini, kami berborak borak sambil menunggu taklimat dari Christian. Youssuef adalah lecturer di Morocco, dan isterinya Hanna berasal dari Republic Czech. Asalnya, mereka nak melawat Malaysia, tapi entah macam mana, mereka melawat Indonesia pula. Youssuef adalah sangat lawak ok. Bila jumpa Christian, dia cakap ; Memandangkan saya dan dia dari Malaysia orang Islam, boleh dapat diskaun lagi tak dekat Christian, lepas tuh Christian cakap, saya, Christian (agama). Dan Youssuef pun ubah skrip, dan cakap, Oh tak apa, kita percaya pada tuhan yang satu. Dan aku pun, (--_)



Mendaki dengan mereka dan Christian sangat best. Sebab dengan Christian dia sangat relax. Track yang kami lalui adalah tidak memenatkan langsung (walaupun 2 jam perjalanan pergi, 4 jam perjalanan total). Boleh mintak dia stop kejap untuk tangkap gambar, dan disamping itu, dia juga ada beri penerangan serba sedikit tentang Gunung Merapi. Pengalaman dia dalam mendaki gunung ini adalah berpuluh-puluh tahun ! Bayangkan, umur dia sekarang dalam 65, masih sihat boleh naik gunung lagi.



Salah satu kemusnahan oleh awan panas yang terhasil akibat letusan Gunung Merapi pada tahun 2010. Sangat menginsafkan.



Memancing di kolam yang terbentuk akibat daripada letusan gunung berapi seribu enam tahun yang dahulu (1006)

Kami juga di bawa untuk tidur di "katil" yang bertaraf hotel 5 bintang. Pada mulanya, aku agak skeptikal dengan kenyataan Christian nih, kejadahnya ada katil 5 bintang dekat sini ? Pastu bila dah sampai dekat kawasan tersebut, dan baring dekat atas tuh, memang rasa tak nak bangun balik dah. Serius best ! Kalah semua katil yang kau pernah tidur.



Macam tak nak bangun lagi. 10 minit je Christian bagi. Grrr.

Selepas tuh, pergi Foot Reflexology. Mengikut Christian juga, mungkin sebab dia amalkan foot reflexology nih, kesihatan dia ok sampai sekarang. Wallahuallam. Oh lupa nak cakap, sebelum naik dengan kiteorang, dia baru balik daripada bawak orang pergi Sunrise Trip dekat sini. Jadi dah dua kali dia naik untuk satu hari saja, tanpa rasa penat.



Menuju pulang ke Vogels Guesthouse. Sedih pulak nak tinggalkan Gunung Merapi. Cantik gila tempat nih. Dan kesan-kesan letusan yang tinggal dekat sini sangat menginsafkan kalau tengok.



Jadi itulah ceritanya. Bosan kan ? Hahahaha. Tapi andai kata korang nak datang sini, jangan lupa carik guide yang ada pengalaman, dan walkie talkie, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak dingini. Kalau kononnya nak meletus, mereka akan inform dekat walkie talkie, dan guide akan bawak ke tempat yang selamat. Dan kalau perlukan khidmat Christian, boleh lah contact beliau di nombor +62 274 895208 ; atau emel ke vogelsinternational@yahoo.co.id 

Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang, ke Candi Borobodur pula. *cricket sounds*

.

28 comments:

  1. nama vogel sangat kinki okey hahahah.
    lawa giler gamar kemusnahan oleh awan tu. best!

    ReplyDelete
  2. i'm going this july! any tips @ places yg best nak pegi x?

    ReplyDelete
  3. janggel ; tau tak pe. Orang sane dah pelik dah sebab salah sebut

    ReplyDelete
  4. Kak tim : banyak tempat best dekat yogyakarta ! Serius. Hahaha. Tapi saya pergi siket je

    ReplyDelete
  5. Software apa yg dipakai untuk edit gambar? Cun woo!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Adam, kalo ko gi sini lagi aku nak ikut. mcm best jek

    ReplyDelete
  8. Silverlocket : cun ke ? hahaha. pakai apps dalam henpon je

    ReplyDelete
  9. Alanbaik : jom jom. tapi mungkin tahun depan atau 2013 kot. dana dah habis. hahaha

    ReplyDelete
  10. menyesal dowh tak naik merapi...haishhh.... kena repeat lagi niiiiii...

    ReplyDelete
  11. Rayyan : Lepas ko dah kaya dengan keberjayaan Warehouz, datang balik Jogja. more to discover. heheheheh

    ReplyDelete
  12. katil yang taraf hotel 5 bintang tu rasa dia camne best sangat sampai tak nak bangun? haha

    ReplyDelete
  13. Aliah : best giler. dia macam suam suam macam tuh rasa, serius rasa nak tidur sampai hari keesokkannya. hahaha

    ReplyDelete
  14. pengalaman hebat gunung merapi dan gambar2 yg menarik. terima kasih berkongsi pengakamannya.

    ReplyDelete
  15. Bro Denaihati : saya nak menangis bro komen dekat blog picisan saya nih. ;)

    ReplyDelete
  16. cantekkkkk....maha suci Allah...

    ReplyDelete
  17. Terbaik... gunung berapi nie wajib aku pergi... nanti time nak pergi jogja aku rojer kau...

    ReplyDelete
  18. Aku suka post ni..aku suka... brief tp best baca... ngeri jugak kalau panjat gunung berapi nih...manalah tau..

    ReplyDelete
  19. uishhh..RM40 jer? murah giler..tapi danger ler tuh...selalu meletup je kan..tapi challenging jugak...

    ReplyDelete
  20. Pojie : Wokeh, aku tolong semampu yang boleh

    ReplyDelete
  21. farikica : sebab tuh kene pergi dengan guide yang betul, sebab dorang dibekalkan dengan walkie talkie. incase jadi ape ape, leh tahu dan, lariii. hahahaha

    ReplyDelete
  22. hcworld : danger, tapi best. hahaha

    ReplyDelete
  23. Xavi Gerad Jude Am.Seorang wakil aiicco insurans plc.Kami menawarkan pinjaman pada kadar pembayaran balik 3%. Jika anda berminat hubungi kami di alamat ini (CEO) E-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Notis 20 tahun ke atas hanya membenarkan di Aiicco insurans plc.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pelaburan Pinjaman Perniagaan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih dari satu atau tahun untuk membayar.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Apa-apa pada pinjaman sehingga tahun 5000 untuk 8000.000.00 Euro.
    Syarikat kami adalah Dipercayai, transaksi Cekap pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jawapan hendaklah dihantar kepada Hubungi Nama: SR GERAD Jude Pelaburan plc. Email: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. Xavi Gerad Jude Am.Seorang wakil aiicco insurans plc.Kami menawarkan pinjaman pada kadar pembayaran balik 3%. Jika anda berminat hubungi kami di alamat ini (CEO) E-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Notis 20 tahun ke atas hanya membenarkan di Aiicco insurans plc.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pelaburan Pinjaman Perniagaan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih dari satu atau tahun untuk membayar.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Apa-apa pada pinjaman sehingga tahun 5000 untuk 8000.000.00 Euro.
    Syarikat kami adalah Dipercayai, transaksi Cekap pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jawapan hendaklah dihantar kepada Hubungi Nama: SR GERAD Jude Pelaburan plc. Email: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. owh bleh pnjat smpai kt ats ka....prgi hr 2 jus tgkp gmbr dkt bwh ja...tourguide ckp bru 3 bln meletus..mmg sgt nmpk kesan meletus 2...takut plus takjub...cntik sgt..

    ReplyDelete
  26. Eh saya dah pernah pergi ke Merapi tapi tak sampai trekking hahaha... nice post eh :)

    ReplyDelete
  27. agak murah gak pak cik Christian ni charge. saya survey yg utk sunrise package tu macam mahal beno je,

    ReplyDelete
  28. Traveling di gunung merapi memang menantang , banyak yang nyewa mobil buat ke sana , kalau mau liat daftar penyedia rental mobil jogja bisa dilihat disini : http://www.jogjarentalmobil.info

    ReplyDelete