Monday, November 12, 2012

D,D,D (Episode 1)

Semalam pergi Shah Alam, ada hal keluarga, dan Asilah, kalau baca ini, tahniah saya ucapkan :) . Lepas tuh, balik plan nak naik Komuter, lepas tuh ajak Darwish dengan Diyanah sekali.


Dia tak ikut sebab kecik sangat.

Dan alang alang dah naik komuter, berhenti kejap dekat KL Sentral, sebab dah lama tak belanja mereka mereka ini.

"Nak makan apa, KFC, McD, ke Secret Recipe"
"KFC, sebab McD kan menyumbang ke Israel," kata Diyanah
"Orang tak kisah, " kata Darwish
"Orang nak McD, tapi nak air Milo dia je", sambung Diyanah.

Pun boleh.


Berhenti KL Sentral, plan asal nak pergi Mid Valley tapi pemalas gila tak nak tukar train. Salahkan perut gemuk, maka penat nak berjalan. Dekat KL Sentral pulak banyak benda terjadi ;

1) Satu, terlanggar Service Crew McD punya henfon, henfon dia jatuh sampai tercabut battery
2) Order Happy Meal dua, dia bagi toys 4.
3) Oh, ada menu baru. Mc Float. Kalau upgrade large set, dapat air nih dan gelas Coke.

Tapi ini semua bukan nak cerita pasal experience pergi McDonald ke apa, tapi apa, tapi apa yang terjadi selepas pergi McDonald, dalam perjalanan pulang kerumah naik komuter tuh.


Tengah makan fries dalam train, tiba tiba Diyanah cakap,

"Eh, dalam train tak boleh makan lah"
"Sapa cakap ?"
"Tuh ! " Diyanah dan Darwish bergabung suara. Finger Pointing, to this :


Malu siot kena tegur dengan anak buah sendiri. Semua orang tengok pulak tuh. Tak boleh jadi nih, I have to outsmart them.

"Ye lah, dia cakap tak boleh makan dan minum dalam train. Tapi tak boleh makan burger je, lain boleh"
"Oh"

Senang gila nak tipu budak-budak kan ?

Dan disebabkan selepas stesen Bank Negara, takde orang ramai, mereka pun berlari lari dalam train. Dan sebagai seorang pakcik, mestilah kena jaga mereka. Dan disebabkan tuh, aku pun tukar seat, pergi dekat seat yang lebih dekat dengan mereka.

"Tak boleh duduk dekat sini lah, ini untuk orang naik kerusi roda dengan orang tua"

Aku mengalah. Diorang minum Enfagrow banyak sangat masa kecik.

.

18 comments:

  1. oh my...mmg cerdik anak2 buah..:)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? tau je nak menjawab dorang nih. hahaha

      Delete
  2. haha....bjak2 betol bdk2 zaman sekarang...

    ReplyDelete
  3. hahahahaha lawak..budak skrg, jawapan cam genius semuanya hhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hahaha...comelll...kalau uncle die bijak, anak buah laaaaaagi la bijak...ekeke

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alolorhh suwet depa ni! aik, pakcik nye xbaek tau nipu..dlm tren xleh makan sumer jenis makanan looo... :P

    ReplyDelete
  7. adam ade kat kl ari tu ?
    wahh ape ni pakcik x baik tipu2 le.
    btw they grew up so fast.. diyanah cumellnyerr diaaa ;)

    ReplyDelete
  8. hahah comel sangat budak2 tu... anyway sampai ke Shah alam tapi tak roger aku? Kesalahan besar tu!

    ReplyDelete
  9. salam adam..akak just na tny..akk nak book aa ke kuching..dah sedap2 isi smpai tang nak kaunter check in or email or mobile. lau kaunter check in rm10, others free...apa beza tu n yg mana better?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik amek email, or mobile check in kak. sebab akak boleh buat online. Contoh untuk online check in, kita boleh check in seminggu sebelum flight (betulkan kalau silap). Dan kalau akak takde check in bag, maknanya barang semua hand carry (masuk dalam flight) kalau akak dah online check in, akak sampai airport je terus pergi dekat departure gate (immigrisen) Tak payah beratur semua. Dan tak payah bayar RM 10 :)

      Delete
  10. Budak masih suci dan lurus pemikirannya. Kalau putih, putihlah jawapannya. Kalau hitam - bukan kelabu atau warna gelap - hitam jawapannya! Er, kita yang perlu pembetulan, kot! Orang dewasa banyak alasan!

    ReplyDelete