Sunday, December 9, 2012

Cynophobia

Tak, ini bukan entry pasal sakit, term-term medical dan sebagainya.
Ini tentang diri sendiri yang takut anjing (Cynophobia - Fear of dogs)

Kisah takut dekat anjing ini bermula seawal umur tujuh tahun. Waktu aku kecik kecik, aku takde lah takut anjing ke apa, hingga suatu hari.

Satu hari tuh, ayah aku belikan basikal untuk aku. Kira hadiah dapat nombor satu dalam kelas lah. Dan sebagai orang yang baru dapat basikal, aku pun apa lagi, terus ronda ronda sekitar kawasan perumahan aku. Masa tuh, tak takut anjing pun lagi. Bila lalu depan anjing je, aku terus baling batu dekat anjing tuh. Tapi malangnya ;

Aku kacau anjing yang salah. Dan nasib malang sebenarnya. Sebab 1) Batu tuh kena straight dekat muka anjing tuh, kedua 2) Anjing tuh bad mood hari tuh. Dia terus bangun dan kejar aku.



WTF.


Kesian gila, First day dapat basikal, first day kena kacau dengan anjing. Anjing tuh pun dengan bersungguh-sungguhnya kejar aku, dan aku dengan sepantas kilat nya kayuh basikal laju laju untuk lari dari anjing tuh. Dan nasib bertambah malang lagi sebab aku terlalu jalan mati, dan takde tempat nak pusing lagi. Bayangkan ape perasaan seorang budak 7 tahun, yang kena kepung dengan seekor anjing gila sebab takde tempat lain nak lari.



Sebab masa tuh baru umur tujuh tahun, biasa lah kalau kita takut ke apa, kita jerit mintak tolong. Aku pun jerit mintak tolong.

"Maaak, maaak !"
"Woof ! Woof ! Woof ! "

Anjing tuh makin dekat, dengan lidah dia keluar air liur semua menghampiri aku, Aku nangis sambil menjerit mintak pertolongan.

Pada masa tuh, aku dah takut dah. Macam nak mati. Tapi kelakar gila kalau mati sebab kena gigit anjing. Terus jerit, dan terus menjerit mintak pertolongan, sampai ada seorang Uncle nih datang nak
tolong.



Dia baling batu bata dekat anjing tuh, tak kena, tapi anjing tuh takut, lalu melarikan diri.

Dan sejak daripada itu, aku tak boleh nampak anjing. Kalau aku nampak, mesti aku akan cuba elakkan dari bertentangan mata dengan dia, sanggup ikut jalan yang jauh dari terserempak dengan anjing.

Tapi, sekarang dah 24 tahun. Nak masuk 25 tahun dah tahun depan. Takkan selamanya nak kena lari dari anjing nih betul tak ? Dan aku rasa, semua orang dekat dunia nih ada benda yang mereka takutkan, mungkin takutkan cacing, lipan, atau lipas sekalipun. Tapi macam mana kita nak hilangkan rasa takut ini ? Mungkin kita boleh cuba hilangkan perasaan takut itu dengan belajar dari pengalaman orang lain. Belajar dari mana ?


Sumber : Sini.

Tengoklah Astro’s Fear Factor Malaysia dekat saluran Astro 104 !Daripada sini, kita boleh tengok macam mana peserta peserta yang terpilih dalam rancangan ini sanggup bermati - matian melawan perasaan takut mereka untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Oh antara peserta untuk Fear Factor Selebriti Malaysia ini ialah pasangan Mejar Dr Faiz dan Jehan Miskin. Kalau dorang satu team, memang kompem lah menang. Sorang hampir jadi angkasawan negara, tahu tak susah nya nak lepas selection dia ? Lagi seorang pulak, badan ketul ketul, tak kan takut dekat benda benda remeh kan ? Hahahaha.Oh, kalau anda bukan selebriti, tapi berminat nak mencuba pengalaman Fear Factor ini, (kalau selebriti pun dah terlambat nak join) ada roadshow yang di namakan sebagai Fear Factor House.

Dekat Fear Factor House ini, 30 blogger yang dipilih oleh Nuffnang akan berentap untuk memenangi hadiah yang menarik. Tapi kalau nak menang, mesti berani untuk buat tugasan tugasan yang menakutkan ! Hahaha. Oh, hadiah utama, MacBook Pro, dan RM 1500. Jadi tunggu apa lagi ? Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live ! Klik sini kalau berminat nak join.

12 comments:

  1. saya takut kucing. anjing? lagilah takot!

    sy pernah berlari pecut dlm rumah sendiri sbb terkejut tgok kucing dlm bilik. dan semua org tau reason sy berlari sambil menjerit mcm org giler. haha. teruk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard lah tuh. *bercakap dari pengalaman* hahaha !

      Delete
  2. lah ingatkan ending dia ko kena gigit anjing. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena gigit, lagi menyayat hati la ending dia. hehehe

      Delete
  3. aku dan anjing juga ada sejarah itam..sundal bolong punya anjing!!

    ReplyDelete
  4. seriously adam.. aku ingt ko la laki hebat n xtakut pebende pon..hahahah

    ReplyDelete
  5. aku salan seorang penghidapnya bro. hehe. selalu nmpk hang kat twitter. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Hang geng geng aslan, zamir, osman semua tuh kan ?

      Delete
  6. Standardla, aku pon takot anjeng hehehe sebb pernah kene gigit dan penah kene enjet kat bontot

    ReplyDelete