Wednesday, January 23, 2013

Bermain main dengan Rosmah II

Walaupun dia jantan, aku dah buat keputusan. Mulai hari ini, beliau ialah Rosmah II (Rosmah ke dua) Siapa Rosmah pertama ? Dia pun seekor kucing juga, tapi kucing itu di Kuala Lumpur.

Baca tentang anak luar nikah Rosmah. Klik Sini.

Buruk oh gila gambar dulu-dulu. Sekarang pun buruk lagi, tapi ok lah di mata aku sendiri. 

Tadi sebenarnya tengah bosan tak tau nak buat apa. Lepas tuh keluar bilik kejap, nampak Rosmah II berlari-lari datang dekat aku. Ceh ceh ceh, macam cerita Hindustan pulak. Lepas tuh, seperti biasa, dia pun duduk dekat kaki. Lepas tuh, macam ada hubungan psychic pulak antara kami.

Bila dalam hati aku cakap, "Oi, cuba buat sesuatu yang comel siket"
Rosmah II, "Baik tuan"

Lepas tuh, dia pun buat bajet comel pulak. Pfft. 


Rosmah II tengah merenung masa depan. Diingatkan lagi, dia jantan ok. 


Tahap comel, 30%. Ada yang ulitmatum comel 100%. 

Dan baru tahu, dekat iPhoto, kalau kita tekan huruf "i" tuh, dia akan paparkan apa kita punya shutter speed, aperture, ISO dan sebagainya. Cool.
.

6 comments: