Friday, February 8, 2013

Sawadee Kap Bangkok !

Setelah beberapa kejadian yang tak diingini berlaku sejak kebelakangan ini, aku rasa perlu nya membawa diri ke satu tempat lain. Dan belajar tentang kehidupan.

Cewah.

Paling dekat dengan Kelantan adalah, Thailand, dan Bangkok macam best. Sebab macam macam boleh nampak dan buat macam-macam dekat situ. Dan mungkin aku boleh belajar beberapa perkara tentang hidup dekat situ.

Ah bodohnya ayat tuh.

Hentian Bas Berhenti- henti Kota Bharu, Kelantan

Jadi terfikirlah, cara murah dan mudah untuk ke Bangkok adalah melalui jalan darat, iaitu kereta api. Plan asal adalah dari rumah di Kelantan, pergi Pusat Bandar, dan kemudian ke Rantau Panjang. Tapi tadi jumpa Hello Kitty dan dia insist nak hantar aku. 

"Kau nak pergi mana ?"
"Kau nak pergi mana ?"
"Kau nak pergi mana cakap dulu "

Berapa kali ulang skrip yang sama. How can I say no ? Thanks Hello Kitty :')

Pekan Rantau Panjang pukul 11 pagi semalam.

Dan dari Rantau Panjang, ke Sungai Kolok dengan melintasi sempadan Malaysia - Thailand, dan dari Sungai Kolok ke Bangkok dengan menaiki kereta api. Tadi bila nak lalu sempadan, teringat perbualan aku dengan seseorang yang aku respect gila. I asked him ;

"Planning to go to Bangkok via Sungai Kolok. Is it safe ?"
"I think it is, should be. You are not the clubbing type right ?"
"Why ? And what makes you say that ? Lol "
"It's been pretty quiet lately but even if bombs are going off, it usually is in clubs and all that"
"You're just not the clubbing type lol. I mean, u don't look it "

T_T

"You went to UXY dulu kan ? "

UXY itu nama Universiti yang telah di censoredkan. Kalau letak nama betul, malu lah Kak Leha.

"UXY dulu havoc ok. Banyak je orang balik pagi pergi club semua."
"I know lah. I usually see them lol"

Sungai Golok. Kelihatan bot-bot yang digunakan untuk memasuki sempadan Malaysia - Thailand tanpa menggunakan passport.

Seberang dari jambatan ini, jam anda jadi cepat satu jam. Thailand adalah satu jam terkebelakang dari Malaysia. 

Selepas urusan passport, terus bergerak menuju ke Stesen Kereta Api Golok yang jaraknya 800 m dari Imigresen. Nasib baik senang nak cari sebab jalan straight je. Oh, rakyat Malaysia boleh masuk Thailand tanpa visa selama 30 hari ! Satu benda yang aku perasan bila dah masuk Thailand nih, aniing tiba tiba jadi banyak ! Dah lah besar pulak tuh.

Peringatan untuk diri sendiri - nak tukar duit, kena tukar dekat Malaysia. Dekat Sungai Kolok rate dia tak bagus. Walaupun tak tukar sampai juta - juta, tapi kurang 90 baht. Rugi. Lepas tukar duit, aku terus pergi Stesen Kereta Api dia yang terletak depan Money Exchange tuh. Terus beli tiket ke Bangkok dengan harga 390 baht (RM 39) 

Ambik 3rd Class punya sebab satu, nak jimat duit, dan 2, lagi prefer fresh air dari aircond dan kipas kalau jalan jauh. Sementara ada beberapa minit lagi untuk naik kereta api, kita makan dulu :)

Coconut Butter Cake dan minum Iced Latte dari Cherry Cake House. Ze cakes were very dry & tasteless ! Tapi Iced Latte dia adalah sangat menyegarkan. Harga kek adalah 10 Baht setiap satu, dan Iced Latte pula berharga 35 baht. Selepas kenyang makan dan minum, kita pun naik lah kereta api. Dia depart betul betul ikut time, dan kalau ada delay, ada satu notice board yang akan memaklumkan berapa lama delay, dan waktu baru kereta api tuh depart. 
 
Semalam adalah sangat berawan. Dan Matahari pula adalah sangat terik sekali ! 

Budak budak baru balik sekolah. Lokasi : Beberapa batu dari Stesen Kereta Api Yala

Cam whore itu penting. Hello Fatin Liyana, saya suka awak. Terima kasih self-timer dalam kamera :')

Budak ini berjaya menghabiskan 30 minit aku dalam kereta api. Macam macam aksi dia buat. 

Taman Permaian sebelum Stesen Keretapi Hatyai. Dekat Thailand pun ada playground :O

Di Stesen Kereta Api Hatyai. Kiri kanan ada kereta api.

Muka sedih kena tinggal. 

Oh, dekat Indonesia, setiap kali kereta api berhenti dekat Stesen Keretapi, akan ada orang masuk kereta api dan jual makanan dan minuman. Dorang akan keluar sebelum kereta api jalan. Dekat Thailand pun ada orang jual jual macam tuh jugak. Cuma kadang - kadang dia hulur dekat tingkap je. Nak beli, bagi duit, lepas tuh makcik tuh akan pass kan makanan melalui tingkap.

Dah malam ! 

Perbelanjaan untuk hari pertama : 460 Baht

Oh sebenarnya tadi aku ada terfikir satu idea. Siapa nak postcard dari Thailand ? Sila tinggalkan komen, "Saya nak postcard Abang Adam" dan emailkan alamat rumah / office /  kedai di mana anda nak postcard itu dihantar ke : adameben [at] ymail [dot] com. Terhad kepada 10 orang atau sebelum pukul 12 PM hari Ahad, yang mana mana dahulu. Sebab plannya, sebelum bertolak pulang, postcard itu akan di hantar ke Pejabat Pos di Thailand. 

Please at least sorang komen. Malu oi kalau tak dapat sambutan. T_T

Dan selepas lebih dari 18 jam ~ sawadeekap Bangkok :)

.

36 comments:

  1. enjoy thailand!! dah agak dah ko nak gi sini. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Tak mampu nak pergi jauh jauh macam korang :(

      Delete
  2. wooo Thailand ! lps nie mane plak ? hehe

    btw, Saya nak postcard Abang Adam.


    ;)

    ReplyDelete
  3. nk postcard..haha..tetiba..:P

    Enjoy!!

    ReplyDelete
  4. Saya nakpostcard Abang Adam.Hewhew.

    Enjoy the trip! Bangkok best :)

    ReplyDelete
  5. nak postcard! 2 tahun lepas pergi x sempat nk beli.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa. Now I remember where I saw your name! I commented here!
      Adam2. Haha. Lupa lah nak bagi alamat. Nanti nak pergi lagi bagitau k? Aku bg alamat. hihi

      Delete
  6. Uhh bestnya! Bestnya!!! tengok gambar pun dah menarik, apa lagi kalau ke sana. Next time nak follow! hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok la. tapi hari nihtak buat apa lagi. Penat nak tidoje rasaa

      Delete
  7. Hi Adam,
    I just love reading yr entry..The way u observe people and yr surroundings, memang lawak.. Anyway, apa yg budak kecik tu buat sampai 1/2 jam ralit tengok die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. One time dia makan apa tah, lepas tuh tersembur keluar dari mulut dia. Lepas tu dia tiba tiba senyum, lepas tuh monyok. Macam nak post semua gambar gambar dia ! Hahaha

      Delete
  8. selalu fikir Thailand tak safe, rupanya safe and a naisss place to visit.. ur writing mmg sempoi lagi2 tang "Ah bodohnya ayat tuh."..funny,indeed..!
    postcard available lagi tak ni??heeee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ADD:

      NORHANISA BINTI PAIMAN,
      NO. 324 (F) LEPAR HILIR 03,
      26300 GAMBANG PAHANG D.M.

      tq..

      Delete
  9. Saya nak postcard Abg Adam!! hehehe

    adam pos kat opis akak yeh. Abd. Aziz Chen & Co, W-11-20, Level 11, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, No. 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya.

    woahh akhirnya adam bjalan gak lg. i like ur travel stories! ^^

    ReplyDelete
  10. Saya nak postcard Abang Adam! :)

    Abang Adam yang baik hati boleh pos dekat alamat ini, 119 Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu.

    Boleh tiru pergi Thailand naik kereta api nanti.

    ReplyDelete
  11. bestnyer abang adam pi bangkok, nek ketapi jer, jimat and murah and so adventure!!

    ReplyDelete
  12. Salam.. dari KB mcm mana nak ke Stesen Sungai Kolok ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik bas city liner ke Rantau Panjang, lepas tuh jalan kaki cross border. Lepas tuh boleh naik motor / jalan kaki ke Stesen keretapi sungai kolok (800m dari imigresen)

      Delete
  13. terima kasih bro... u give me hope to cross border again!

    ReplyDelete
  14. hi, I'm planning to do backpacking to bangkok too. Can you share how exactly u did ur journey to bangkok? :) thanks

    ReplyDelete
  15. salam /..
    saudara adam..boleh pm saya di fb " dek where"
    saya nk tanya soalan mengenai train ke bangkok....tq n jkk...

    ReplyDelete