Monday, July 1, 2013

#TSDayout - DEMC Specialist Hospital Shah Alam

*krik krik krik*

Dah lama tak update blog.

Jadi, mari kita cerita pasal TSDayout lagi. Kali ini, ke DEMC Speciallist Hospital Shah Alam :) Tapi TSDayout kali ini, tiada aktiviti lasak dan outdoor . Semua tentang kesihatan & juga kecantikan diri. Cewah. Sebenarnya lepas tengok poster yang Tourism Selangor buat nih (rujuk bawah) ;


Aku ada dua matlamat
1) Belajar tentang kesihatan diri sendiri, apa yang patut tahu.
2) Sebab benda nih macam mesti ramai perempuan masuk, mestilah mahu berkenalan dengan seorang dua. 

Malangnya, nada. Takde. Semua dah berpunya. Kot. 

Tapi objektif yang pertama tuh adalah paling penting sebab kalau tak tahu diri sendiri, macam mana nak jaga kesihatan diri ?


Selesai register, semua orang dapat Goodies Bag & Tshirt warna hijau dari Tourism Selangor. Ayuh, model-model sekalian, sila demokan macam mana Tshirt yang Tourism Selangor bagi itu ;


1Malaysia FTW.

Ok serius siket Adam. Anda lari dari objektif asal. 

Jadi majlis bermula dengan ucapan dari VIP yang hadir.


Pn. Noorul Ashikin Mohd Din, General Manager Tourism Selangor berterima kasih kepada pihak DEMC kerana membenarkan pihak Tourism Selangor untuk mengadakan aktiviti TSDayout di DEMC Speciallist Hospital Shah Alam. Untuk pengetahuan, Pn. Noorul Ashikin selamat melahirkan semua anak-anak beliau di DEMC *clap clap clap*


Dato’ Dr. Omar bin Abdul Hamid, CEO DEMC Speciallist Hospital Shah Alam, menceritakan sedikit sebanyak tentang DEMC Speciallist Hospital. Satu-satunya Boutique Hospital di Malaysia, dan selepas ini akan didirikan sebuah Hospital khas untuk wanita dan kanak-kanak.


Antara VIP yang hadir.

Dan selepas itu, kami dibawa ke Sutera Lounge untuk sarapan pagi. Sutera Lounge ini mengambil konsep MAS Golden Lounge dan menawarkan perkhidmatan WIFI, tempat berehat dan makanan-makanan yang sungguh menggoda perut anda, seperti dibawah ini ;


Kemudian, kesemua peserta TSDayout dibawa ke DEMC Wellness Centre, dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan ujian kesihatan yang berbeza. 6 peserta wanita yang terpilih pula berpeluang untuk melakukan Laser Aesthetic Treatment - Skin Rejuvenation  oleh Dr. Shirley.


Bella Enveeus adalah orang pertama yang buat treatment ini. Semua orang kerumun dia, even ada yang rakam video pun. Sepanjang treatment ini dijalankan, Dr. Shirley ada terangkan serba sedikit tentang treatment ini, apa yang anda akan rasa (rasa macam ada semut jalan jalan atas muka).

Dia juga akan bagitahu kalau anda perlukan treatment ini atau tak.

"Your skin is so good, you don't have to do this treatment" 

Disini juga aku belajar tentang apa tu pigmentation, dan musuh kepada kulit muka kita - matahari. Disebabkan Sinar UV, muka kulit kita akan kering, dan akan berlaku pigmentation ini. 

Oleh itu, pakai Sun Block.


Selepas treatment habis


Lepas tuh, Bella Enveeus pun cakap,
"Eh mole dekat telinga tuh nak buang tak ? Doktor carik orang"

Not the exact words, tapi lebih kurang macam tuh.

Jadi, aku pun merelakan diri, for the sake of the team. Cewah.

.

"A little bit, Adam jangan tendang" Dr. Shirley
"Pegang tangan, pegang kaki dia" Dr. Shirley
"Alamak Cindy jangan block" Dian
"That's it ? " Adam
"Ceh Macho ! Cucuk lagi sekali" Kanmani
"Lepas ni jarum lagi besar" Amirul
"Bang flight pukul berapa bang ? "Kanmani
"Nanti tak rindu ke dekat tahi lalat ? "  Amirul
"Posisi pasrah" -.-
"The sound will still be the same" Dr Shirley
"Awat ko punya breast asyik goyang je" Kanmani
"Mani, fail lah" ! Dian
"Mani cuba goyang sendiri punya" Amirul
"Jangan woi, nanti semua berdarah" Cindy Tong
"Definitely cannot use this video right" Dian

Still nak post Dian :p

"Rasa apa tak" Dr Shirley
"Nothing" Adam
"See, Adam hero" Dr Shirley
"Do you feel anything" Dr Shirley
"A bit hot" Adam
"Now you know lah" Cindy 
"Smells like Ikan Bakar" Adam

.
"I'm gonna flatten it, but I never going to do beneath it" Dr Shirley
"So that Adam will not end up with a scar" Dr Shirley
"Nanti dia saham jatuh" Dr Shirley
"Go your hair longer, sideburns" Dian

And here's and advice from Dr Shirley, if you decide to remove your mole too !
" Below his (the) mole, you'll see a bit fairer right ? Because there is no sun yet. After sometimes, he need to apply sunblock, and let his skin grow to the same colour to the other side"

In less than 10 minutes, my face is mole free !

"We spend about 10 (minutes) admiring Adam" Dr Shirley ;p

Apply sunblock, kalau tak nanti kena hyper pigmentation.


Selain dari Skin Rejuvenation, kami juga diberi health checkup secara percuma oleh doktor-doktor dan medical assistant di DEMC Speciallist Hospital. Selepas health checkup yang terdiri daripada ;

1. Check darah
2. Check berat
3. Check mata

Kami semua diberikan satu report card (Health Screening Report) , dalam tuh ada tertulis semua report report daripada medical checkup dekat atas. Dari report tuh, kita boleh tahu ;

1. General report
2. Eye report
3. Glucose content dan yang paling best,

InBody 520 Body Composition Analysis. Dalam tuh dia tulis semua benda - sama ada badan korang nih proportionate ke tak, berat air ke berat lemak ke berat tulang, balance, Body Strength, Weight Control, Nutritional Information, Weight Management, Obesity Diagnosis (ehem) Composition History & Muscle Fat analysis.

Semua nih boleh tahu results dia dalam kurang dari 20 minit !

Selepas itu, kami semua dibawa untuk Hospital Visit, dan juga diterangkan tentang kemudahan kemudahan yang ada di DEMC Speciallist Hospital. Seperti mesin MRI diatas !


Salah satu tingkat yang hanya di khaskan untuk pesakit kanak kanak (Pediatrics). Dengan warna-warna yang ceria macam nih, insyaAllah datang sini terus sumbuh. Amin.

Satu benda yang pelik, bila hospital macam nih, Boutique Hospital lagi, aku selalu ingat harga dia mesti mahal macam Hospital G dekat Ampang, atau macam dekat Hospital P dekat Jalan Tun Razak. Tapi lepas tengok website dia (klik SINI) eh berpatutannya harga dia !

Single bed / Double bedroom dari RM 145 sahaja !

Dan selepas itu, makan lagi !


dan lagi !


Tapi sebab semua orang baru dapat result medical check-up tadi, semua orang makan berpada-pada. Hehehe.

Selepas majlis penutup, dan majlis penyampian hadiah, kami semua pun tangkap gambar kumpulan (group photo) beramai-ramai :)

Gambar dibawah diambil dari Nigel


Mula mula serius ingat yang TSDayout kali ini macam bosan je sebab dekat hospital. Tapi, salah rupanya. Ianya antara yang paling best, sebab dapat belajar banyak tentang kesihatan dan diri sendiri, peserta-peserta yang kelakar, dan juga buang mole secara percuma ;P 

Kalau selalu tak tahu nak buat apa bila hujung minggu, follow lah Tourism Selangor dekat Twitter (@tourismselangor) atau "Like" Facebook page mereka. Search "Tourism Selangor"

TSDayout adalah program bulanan anjuran Tourism Selangor. Peserta dikenakan bayaran RM 50 untuk yuran komitmen, dan akan dipulangkan sebaik tamat program. Disamping itu, peserta juga berpeluang memenangi RM 250 untuk pertandingan foto terbaik, dan juga RM 250 untuk blog post terbaik. Dan untuk edisi TSDayout DEMC Speciallist Hospital kali ini, peserta berpeluang memenangi hadiah tambahan - 5 kali sesi lawatan laser bernilai RM 4000.

Wow.
.

8 comments:

  1. right here is a winning blogpost. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. No lah. Banyak lagi orang yang post lagi best.

      Delete
  2. Dah menang best picture, ni mesti menang best write up gak kan.

    Mana close up picture on the mole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha no lah.
      Ada, tapi nampak bulu bulu kat muka, segan siket lol

      Delete
  3. Replies
    1. Memang best !
      Nak join senang je hantar nama dekat TSDayout punya website. Follow Tourism Selangor punya twitter (@TourismSelangor) atau like Fanpage mereka (search Facebook : Tourism Selangor) dan tunggu bila mereka umumkan next #TSDayout :)

      Delete