Friday, November 20, 2015

#TSDayout Selangor Meets Sarawak : Kuching Waterfront & Sarawak River Cruise

Ini kali kedua datang ke Kuching. Kali pertama, beberapa tahun lepas. Itu pun untuk program Baktisiswa anjuran kolej kediaman dekat Universiti dulu. Time tuh pun, tak pergi mana sangat. Bila sampai Kuching kali ni, rasa macam jakun siket.

"Eh, rileks je eh Kuching ni, takde traffic jem ! "
"Hahaha ! Time time macam ni, memang takde, kalau tak teruk"

Terus tak jadi nak apply transfer pergi Kuching.



Kami tiba di Kuching sedikit lambat dari apa yang dirancangkan. Walau bagaimana pun, banyak jugak aktiviti yang sempat kami buat. Sebagai contoh, jalan jalan depan Kuching Waterfront, dan juga naik Sarawak River Cruise.


Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tarikan utama pelancong untuk ambil gambar. Betul-betul berhadapan dengan Kuching Waterfront.

Sarawak River Cruise 
Bila nak dekat pukul 4.30 PM macam tu, semua orang naik ke atas kapal yang disediakan untuk Sarawak River Cruise tu, sebab semua orang nak duduk dekat atas. Namun yang demikian, cuaca pada petang itu adalah sedikit berawan.


#TravellingBeruang adalah model pada hari itu.





Astana. Terletak di utara tebing sungai Sarawak, ini adalah kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Astana ini dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, sebagai hadiah kepada isterinya, Margaret Alice Lili De Windt.





Untuk memberi sedikit gambaran macam mana keadaan atas dek kapal itu, boleh tengok dekat gambar di atas. Sangat selesa dan banyak ruang untuk bergerak ke mana-mana. Minuman dan kek lapis Sarawak juga di hidangkan secara percuma untuk setiap pakej yang diambil.





Selalin itu, ada juga persembahan kebudayaan dekat atas dek bot tuh.





Selepas itu, kami semua pun pergi ke Top Spot yang terletak dekat rooftop Bangunan UTC Kuching. untuk makan malam. Penuh sangat dengan orang malam tuh !


Masing masing sibuk dengan handphone.



TSDayout Special Edition Selangor Meets Sarawak ini dibawakan kepada anda oleh Tourism Selangor, Sarawak Tourism Board, Airasia, dan Empire Hotel Subang.