Thursday, April 16, 2015

Hanoi Old Quarter


Berapa lama dah tak tulis apa apa dekat sini.



Ini trip kedua tahun ini. Yang pertama hari tuh, pergi Bangkok, macam-macam jadi. Bateri kamera dengan charger dia tertinggal dekat terminal airport, lepas tuh bila sampai je dekat sana, cari kedai kamera, dia tak bagi beli third party punya bateri sebab bateri tuh bukan original, dan aku macam dude what the f**k, kalau tak nak jual, tak payah la display dekat kedai. Lepas tuh, ada ambil excursion train dekat Bangkok untuk pergi Hua Hin. Hua Hin ni, macam Port Dickson dekat Malaysia, cuma dia bersih sedikit. Kebanyakkan orang dekat Hua Hin tuh semua farang (Mat Saleh & Minah Salleh) yang tua. Seriously, tua gila. Jadi sebagai lelaki Asian lewat 20-an, aku pun rasa superior dekat sana. Ye lah, walaupun tak kacak mana, tapi kalau saingan kau semua tua-tua, still jadi rasa handsome.

Pergi Hua Hin hari naik excursion train, kiranya kereta api bertolak awal pagi, sampai kat Hua Hin lunch hour, lepas tuh bertolak balik ke Bangkok pukul 3 petang macam tuh. On the way nak balik ke train station daripada berjalan sejauh 1 km dekat coastal line dia, tiba-tiba jumpa satu mak cik ni. Scary jugak la mula mula, sebab dia tengah main kayu, tapi dia ingat kayu tuh pedang ke apa agaknya main libas-libas. Kira dia bajet dia Power Rangers warna pink la, tapi orang jahat takde dekat situ.

Borak-borak dengan dia (because I'm so friendly like that) tahulah sedikit sebanyak, dia datang dari Norway, tapi macam dah menetap dekat situ. Lepas tuh bila rasa dah lama sangat sampai aku tak boleh nak panjangkan lagi conversation, aku pun nak mintak diri. Tapi dia tak bagi, dia ajak balik rumah dia. Ayat dia,

"Do you want to come back to my place for some BBQ or something ? "



Oh....my....God.

....kalau dah ada or something tuh mesti lah dah tau ke mana hala tuju dia nak pergi. Besides, it was 12 PM in the afternoon ! Mana ada orang BBQ tengah hari buta. Tapi Alhamdulillah, walaupun takde lah baik mana, tapi ada lah jugak sedikit agama dalam badan aku ni.

"I would love too, (kena baik-baik sebab dia pegang kayu) but I can't. My train is going to leave in about one hour"

Dia tak nak mengalah !

"Are you sure ? You are going to miss out on alot of stuff ! "
"Yes, I'm sure"

Firstly, lepas quick scanning dari atas muka dia sampai bawah kaki, there is not much stuff to begin with anyway. Well, apart from this aunty being physically fit, seriously, nothing much. 

Secondly, sebab dulu belajar dekat The Garden of Knowledge and Virtue, International Islamic Universty Malaysia, memang benda yang nyata salah ni, tak payah la buat. Kalau Ustaz-ustaz yang ajar aku UNGS 1,2, dengan 3 aku tau, mesti diorang bangga.



Anyway, pasal Hanoi.


Flight dari Kuala Lumpur ke Hanoi bertolak awal pagi. Semua orang muka mengantuk, dan kebanyakkannya orang Vietnam nak balik sana. Ini kali kedua aku pergi ke negara yang tiada Subway, MRT, BTS atau pun LRT. Kalau ada, senang sedikit nak bergerak. Naik bas pun tak susah sebenarnya, kalau diorang boleh paham Bahasa, atau English (contoh, Indonesia). Tapi dekat Hanoi, Bahasa Inggeris pun agak basic. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, ada dua bas kalau nak pergi ke bandar dengan kos yang sangat minimal iaitu 9000 VND (RM 1.50) Bas nombor 7, dan bas nombor 17. Tapi kalau nak turun dekat Old Quarter, lagi senang kalau naik bas nombor 17.

Tapi ada dua masalah dekat sini. Pertama, maklumat dekat internet tuh dah outdated, sebab sekarang ada terminal baru dekat Hanoi, kedua Bas nombor 17, memang tak tunggu dekat Terminal. Dekat sejam jugak aku cari, mana bas ni ? Siot betul. Tanya dekat Information Counter;

"You take electric car, go to bus number seventeen" 

Macam senang. 

Jalan-jalan, aku pun nampak la ada bus nombor 7. Kalau bas nombor tujuh ada, mesti bas nombor tujuh belas pun tunggu dekat situ jugak. Dekat setengah jam tunggu, takde pun. Patah balik pergi Information Counter tanya ;

"You never listen ! Take electric car, go to bus number seventeen !"

Apa masalah perempuan ni agaknya ! Hahaha ! 

Apa yang dia cuba nak sampaikan dekat sini, ambil electric car (7000 VND), yang macam buggy dekat golf club tuh, cakap dekat pemandu dia "Bus number seventeen". Dia akan bawak keluar daripada terminal, ke satu tempat yang memang dodgy gila, di mana bas-bas nombor tujuh belas ni tunggu.


Ada je cara lagi mudah nak pergi Old Quarter. Naik Minibus (40,000 VND) atau teksi, (200,000 VND). Tapi kalau nak murah dan bergerak macam orang-orang sini, boleh naik bas nombor 17. Daripada airport nak ke Old Quarter, mengambil masa satu jam. 

Selepas satu jam, sampailah saya ke Old Quarter.



GINKGO - Because Life is Too Shirt




Lalulintas dekat sini memang gila. Dekat sini banyak jual kain, baju dan juga bag-bag. Kira macam Masjid Jamek, tapi size dia dua kali ganda. Walaupun tak nak beli apa-apa, pusing-pusing dekat Old Quarter ni pun best sebab boleh tengok gelagat manusia. Dekat sini, takde langsung peminta sedekah.

Makanan halal pun tak susah, sebab dekat sebelah masjid, ada satu restoran yang memang status halal dia tidak di ragui. Sedikit mahal (70,000 VND), tapi portion dia besar. Kira kalau order satu set, boleh kongsi dua orang. Hot Sauce Fish with Rice dia memang terbaik.

6 comments:

  1. Aiyoooo saya belum sampai lagi ke negeri paman Ho,,, semoga tahun bisa terbang ke sana :D

    ReplyDelete
  2. Tak jumpa pun masjid! Nway i was there for a half day je pun hehe sbb malam dah cabut ke Sa Pa. Cepat la sambung!

    Btw...
    You never listen! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masa + Takde mood kak tim. slow slow. hahaha !

      Delete