Saturday, May 16, 2015

Hanoi Old Quarter - Part 2

Sambungan dari SINI (klik)

Dekat Hanoi Old Quarter, selain dari membeli belah, (bayangkan Masjid Jamek, 3 kali ganda saiz) apa yang boleh buat adalah jalan-jalan sekitar Hon Kiem Lake. Lagi best, kalau bangun awal pagi terutamanya hari minggu, untuk join aktiviti riadah penduduk tempatan dekat sini.






Benda ni macam bulu tangkis, tapi power gila dorang ni.



Aktiviti lepas solat subuh, terus pergi Hon Kiem Lake dan join la mereka-mereka ni.




Bila dah sampai waktu tengah hari, pergi ke satu-satunya masjid dekat area Old Quarter. Ada dua tujuan, satu, untuk solat, lagi satu untuk makan. Kalau susah nak cari tempat makanan halal dekat mana-mana sekali pun, senang je. Cari masjid dekat kawasan tuh, lepas tuh dekat sekitar masjid mesti ada kedai makanan halal. Bila lepas dah solat semua, nak pergi makan dekat restoran kecil sebelah masjid tuh, eh, macam kenal warna kulit ni, nampak dua orang Malaysia. Hehe !

"Eh, orang Malaysia ?"
"Aah. Bila sampai ?"

Hahaha ! Rupa-rupanya, Abang Eid dengan Taqril baru sampai pagi tadi dekat Hanoi. Plan mereka, sewa motor dekat Hanoi, lepas tuh bawak motor naik kereta api pergi Sapa, lepas tuh travel ke border China - Vietnam naik motor selama beberapa hari, dan balik semula ke Hanoi naik motor. Kebetulan malam tuh, aku pun memang nak pergi Sapa. Mereka ni ahli tegar Facebook page : Backpackers Buddy Malaysia (BBM) (Pukul 4 petang waktu Malaysia). So borak punya borak, nak dekat pukul 3 dah. Terpaksa mintak diri sebab dah beli tiket untuk tengok Water Puppet Show dekat Thang Long Water Puppet Theatre.


Ada dua jenis tiket, untuk water puppet show ni. Satu beharga 60,000 VND, lagi satu harga dia 100,000 VND. Apa beza dia ? Kalau beli yang mahal tuh, boleh duduk depan, dekat dengan stage.

Obviously, aku beli yang murah, tapi macam menyesal sebab duduk dekat seat paling belakang sekali.



Balik rumah, search dekat Youtube untuk tengok balik. Tapi cool gila, ada api, ada asap-asap, walaupun sepatah haram tak paham sebab tayangan ni semua dalam bahasa Vietnam. Kalau nak pergi, beli yang seat mahal, baru berbaloi. 



Ho Chi Minh dekat dalam Muzium.

Muzium dekat sini tak bosan sangat, sebab dia ada dua tingkat, dan bermula dari bilik kat atas, sampai ke tingkat bawah, dia ada cerita pasal pembentukan Vietnam, perang Vietnam sampailah Vietnam sampai masa sekarang. Cuma yang tak best dia tak ada translation ke Bahasa Inggeris untuk setiap surat, manuskrip dulu-dulu. Semua dalam bahasa Perancis. Kalau faham bahasa Perancis, mungkin boleh faham dengan lebih detail isi-isi surat tuh.



Setiap hujung minggu pula, ada Weekend Night Market dekat Hang Dao. Sepanjang jalan tuh dia punya panjang dia, macam daripada Dataran Merdeka sampai ke Sogo panjang dia. 

No comments:

Post a Comment