Thursday, July 2, 2015

Gempita Citarasa @ Empire Hotel Subang

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Renuga sebab jemput untuk datang, dan tidak lupa juga kepada Empire Hotel Subang.


"Ok, I'll be there around 6:15 PM"

Yakin betul aku message Renu macam itu. Kononnya, macam sempat sampai daripada Mutiara Damansara. Tapi, lupa pula hari Selasa hari kerja, dan semua orang pun balik kerja masa tuh, akibatnya sampai dekat Empire Hotel pun lambat sedikit.

Sampai-sampai, semua orang tengah ikut chef dan untuk tour sekitar Kitchen Art Brasserie tentang juadah-juadah yang ada. Terus rasa rugi sebab lambat sampai. Walaubagaimanapun, blog post ini bukan pasal rasa menyesal aku, (hahaha) tetapi lebih kepada apa yang ada dekat Buffet Dinner "Gempita Raya", Kitchen Art Brasserie, Empire Hotel Subang.



Kenapa Gempita Raya ? 
“We named our theme this year Gempita Citarasa which describes the festivity of the occasion because that is the kind of atmosphere you would experience the minute you arrive at our lobby around this time of year.”  -  Ho Ricky, Group General Manager, Empire Hotel Subang. 
Memang betul pun. Sampai je dekat pintu masuk, terus rasa macam pergi rumah terbuka. Dan sebab itu juga, tangan pun macam tak malu terus ambil semua makanan yang ada dekat Kitchen Art Brasserie. Hehehe.

Jadi, apa yang kena try dekat Buffet Dinner Gempita Citarasa @ Empire Subang Hotel sempena bulan Ramadhan ini ?


Pertama, Sup Gearbox.

Besar gila portion dekat atas tuh, tetapi Shazlan boleh habiskan sorang semalam. Kalau rasa tak habis, boleh share dua tiga orang. Proses untuk membuat Sup Gearbox ini memakan masa selama hampir 8 jam, kalau tak rasa memang rugi. 
 “The secret is in the right balance of spices and condiments that when boiled over a few hours, brings out a rich flavor. You get great value as large portions of the meat is served with the soup.”  - Chef Firdaus Husein.
Kedua, Paella.

Paella (dibaca 'paeiya') adalah makanan asal di Spanyol berupa nasi yang diberi bumbu rempah dan diberi campuran hasil laut (udang atau kerang). Makanan ini berasal dari wilayah Valencia dan disajikan terutama pada hari Minggu dan perayaan Falles. Menurut Anu (kawan Blogger semalam), Paella yang asal, memang lain. Dan Paella yang disajikan di Gempita Citarasa @ Empire Hotel Subang ini telah di Malaysiakan. Rasa dia, sedikit pedas, yang best dia, ada banyak makanan laut dalam hidangan tuh, makan macam tuh sahaja pun dah cukup.





 
Selain itu, banyak lagi hidangan yang disediakan. Macam macam ada, seperti Acar Buah, Ayam Masak Madu Tualang, Buah-buahan, Daging Masak Hitam, Dhalca Kambing Dengan Peria Ular, Dressing, Ekor Lembu Masak Ketumbar, Fried Prawn With Creamy Butter Sauce, Jeruk-Jeruk, Fried Squid With Onion and Capsicum With Coriander Leaf, Gulai Ayam Dengan Kentang, Kari Kepala Ikan Dengan Bendi, Kerabu Udang Dengan Pucuk Ubi, Nasi Hujan Panas (Masakan Kedah), Petola Masak Lemak Dengan Bayam, Sambal Sotong Dengan Kacang Kisar, Sayur Kailan Goreng Ikan Masin, Seafood On Ice, Sotong & Kangkong, Roti, Siput Gulai Lemak Pedas, Telur Masin, Tomato and Pumpkin Soup, dan Urap Daging Kerisik Kelapa Madu, Serunding Ayam, Serunding Daging, Ketupat Nasi, Bubur Lambak, Rendang Daging, Pulut Kuning, Ayam Qalesha, Roti Canai, Goreng-Gorengan, Kambing Bakar, dan Mi (Noodles) (Kredit nama menu kepada Otai Selangor


Untuk yang suka makan desserts dan kuih muih, jangan risau. Pelbagai jenis Pastri dan manisan di sediakan seperti Chocolate Fountain, Mousse Cake, Opera Cake, Grape Jelly, Manggo Jelly, Cheese Cake, dan Vanilla Sauce.(Kredit nama menu kepada Otai Selangor)  Tidak lupa juga, kuih- kuih melayu seperti Kuih Wajik, Buah Melaka, Lepat Ubi, Kuih Lompang, Kuih Seri Muka & Kuih Keria pun ada.

Kambing bakar pun ada !
... dan juga beraneka jenis buah-buahan. 

Jadi, berbalik kepada soalan paling penting di sini, Berapa harga untuk Buffet Dinner Gempita Citarasa ini ? 

Jawapan - RM 128 (Dewasa) & RM 98 (Kanak-Kanak & Warga Emas) 

Berbaloi, sebab :

Disamping boleh menjamu selera, korang juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Instagram yang dianjurkan oleh Empire Hotel. Hadiah dia menarik - Penginapan percuma di Hotel Empire Subang ! Jadi, tunggu apa lagi ?

Untuk sebarang pertanyaan, atau kalau nak buat reservations, sila hubungi 03-5565 1228. Lawati www.empirehotel.com.my untuk maklumat lanjut.



2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete