Friday, July 31, 2015
Bertolak ke Sapa
Pagi-pagi lepas dah habis pusing dekat Hon Kiem Lake, aku pun terus jalan kaki pergi beli tiket kereta api ke Sapa. Dekat Stesen Kereta Api Hanoi, ada wifi free. Stesen dia kecil je, macam stesen kereta api dekat Wakaf Bharu dekat Kelantan, tapi dia punya Wifi punyalah laju, KL Sentral tuh kalau seorang manusia, dia pun boleh menangis. Senang ada wifi dekat sini sebab boleh pakai Google Translate, nak translate dari Vietnamese ke English.
Dekat sana, kalau minta nak beli tiket, dia akan terus quote untuk harga bunk bed, tapi korang ada juga option untuk pilih hard seat, soft seat, dan sebagainya.
Sebab dulu dah pernah try naik koc hard seat je dari Sungai Kolok ke Bangkok, aku pun rasa ah mesti lebih kurang je hard seat dia. Lagipun, kalau hard seat memang jimat gila. Penjimatan hampir 80%.
Bila malam tuh sampai dekat Stesen kereta api, jumpa Taqril dengan Abang Eid. Train diorang pun malam tuh jugak, cuma train yang lain. Aku punya train lambat sedikit.
Bila nak naik train, orang yang check tiket tuh offer,
"You are going, Sapa, far far away, You want sleep ?" Sambil tunjuk gaya tidur.
Apa yang aku faham, Wah ! Baiknya orang Vietnam ni, hospitality dia thumbs up ! Sanggup nak upgrade aku pergi sleeper dari hard seat. Tetapi bila habis je aku berperasangka baik, dia cakap,
"200..."
..... iaitu, bayar dia 200,000 Dong. Memang tak lah aku bayar, sebab aku yakin aku boleh tidur dekat hard seat, sebab aku assume, hard seat dia mesti sama macam kereta api Thailand, walaupun hard seat, mesti padded dengan span jugak. Namun yang demikian, jangkaan aku meleset sama sekali, hard seat dia, memang hard seat. Bangku lagi keras dari Bangku budak budak Milo tepi padang bola. Terus taubat nak beli hard seat dah (tapi tiket balik pun aku beli hard seat)
Takpelah, hidup mesti diteruskan.
Lepas dah naik, dah settle down semua, since banyak tempat kosong, aku pun main duduk tanpa ikut tempat duduk yang telah ditetapkan. Satu benda pasal orang Vietnam ni, diorang skema gila ok, like seriously. Punyalah banyak tempat lain, still insist nak jugak duduk dekat seat diorang. Lagi satu, punyalah banyak kosong, masih nak duduk sebelah aku jugak.
Yang duduk sebelah aku malam tuh, ada seorang lelaki, dengan isteri dia. Isteri, sebab sebagai seorang Adam, aku berperasangka baik punya. Nak kata adik, tak kan lah dia cium-cium macam tuh, nak kata teman wanita pula .... oh well. Sabar je lah.
Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan tuh, aku dengan paksa relanya, terpaksa tengok cerita yang kalau masuk wayang memang rating dia PG13. Mula-mula dari cium sikit-sikit, lepas tuh mulalah aksi tambahan mereka, sampai satu tahap, mamat ni bentang kain bawah seat aku, tidur kat bawah, dan isteri dia pun terut serta sekali. Sambung aksi PG 13 dekat bawah tempat duduk.
Ya Allah, malam tuh aku banyak doa je. Tolong lah cepat sampai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)