Monday, April 27, 2015

#TSDayout Hulu Selangor - White Water Rafting !


Selepas hampir dua tahun, baru ada kesempatan nak join balik program #TSDayout anjuran Tourism Selangor. Busy bukan main sekarang !

Apa itu #TSDayout ?
#TSDayout adalah program anjuran Tourism Selangor, dimana pihak Tourism Selangor mengajak fans & followers di semua media sosial mereka (Twitter, Instagram, Facebook Page) untuk meneroka keindahan negeri Selangor yang ramai orang tak tau ! Program ini selalunya percuma, hanya bayar RM 50 sebagai yuran komitmen, dan akan dikembalikan pada hari program, kalau korang datanglah.

#TSDayout kali ini diadakan di Hulu Selangor. Ada jugak beberapa kawan yang nak join, tapi bila dengar Hulu Selangor, terus tak jadi join sebab jauh sangat. Tapi, jangan risau, program #TSDayout anjuran Tourism Selangor ni hampir setiap kalinya, ada menyediakan khidmat pengangkutan yang akan bertolak dari Shah Alam. Tempat berkumpul adalah di hadapan pejabat mereka di Shah Alam, Selangor.

Nak dijadikan cerita, sebab dah terbangun lambat, aku pun pakai lah Google Maps, sebab nak elak kesesakan lalu lintas semua, dan terus pilih "Tourism Selangor Sdn Bhd" dalam maps tuh. Bila dah dekat pukul 730 AM, tiba tiba Google Maps ni cakap, "You have reach your destination"

Tapi masa tu, aku betul-betul depan iCity.



Eh, Dah tukar ke lokasi pejabat mereka ? Hahaha ! Terus call Renuga, dia pun cakap,

"Laaaa. Kenapa tak pakai koordinat yang I bagi tu ?"

Ok, fine, fine. Malas nak copy paste sebenarnya dari emel. Jadi adik-adik, lain kali kalau nak pergi ke Pejabat Toursim Selangor, boleh pakai koordinat ini

3.074542, 101.518635

Ok ? Good.

Bila sampai je dekat sana, terus lega sebab nampak beberapa orang yang memang dah kenal (Mani, Bella, Khai, Vanessa, Devi etc), dan hampir kesemua yang kenal tuh pun, sebab join program anjuran Tourism Selangor yang lepas-lepas.

Dan dalam pukul 8:30 pagi, kami semua pun bergerak menuju ke Hulu Selangor !

Program dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh Encik Pie

Encik Pie (bukan untuk dimakan), memberi sedikit briefing tentang apa nak buat kalau bot terbalik, cara-cara pemakaian PFD (Personal Floatation Device), jenis-jenis PFD, dan macam-macam lagi.

Apa beza PFD dengan life jacket / life vest ?


Tak, perempuan ini tiada kena mengena dengan #TSDayout punya program hari tu.


Tapi cara yang Encik Pie ajar, dan apa yang kiteorang praktikkan hari itu sedikit lain dari video di atas ;

One     :  Angkat orang tuh
Two    :  Rendam orang tuh masuk dalam air
Three  :  Angkat naik raft

Nasib baik la masa ni aku bagi perhatian sikit. Sebab lepas beberapa minit lepas tuh, kami punya bot pun terbalik. Hahaha ! Kalau tak dengar taklimat Encik Pie, memang tak tahu nak buat apa.



Waktu mula-mula masuk air, air nampak cetek sangat, dan arus pun macam tak ada. Kami diberi pilihan sama ada nak buat tubing atau rafting, tapi sebab tube dah takde lebih, aku pun pilih buat rafting. Ingatkan sorang-sorang, nasib baik mereka pun ada sekali.



Menyesal sebab tak pakai kasut, tajam gila batu-batu dia ! Semasa cubaan kali pertama, kebanyakan masa digunakan untuk angkat raft tuh dari satu tempat ke tempat yang lain sebab air agak cetek.


Lepas tuh, bila air dah ok sedikit, semua pun naik balik,

"Left front !"
"Right back !"


Sampailah  dekat satu tempat yang agak extreme,




Bila nak sampai giliran kumpulan kami, Abang tuh pun cakap,

"Ok nanti, semua lompat, front left !"

Tapi bila giliran kami je, ahli kumpulan yang lain, (Khai, Khai, Khai, Mani) semua masuk dalam air ! Hahaha ! Lepas tuh mula lah sesi menyelamatkan mereka.

"One, Twooo, Three ! "
"One, Twooo, Three ! "
"One, Twooo, Three ! "
"One, Twooo, Three ! "

Nasib baik takde cedera apa apa. Takut jugak mula-mula sebab bot tuh himpit ke kanan, dekat dengan tebing sungai tuh. (Untuk makluman, Program #TSDayout ada perlindungan insurans, kalau jadi apa-apa, anda dilindungi )



Lepas regroup, Devi pun join naik atas bot sebab dia kata tubing penat. LOL.

Lepas habis cubaan kali pertama, semua orang memang dah penat sangat, ingatkan dah nak habis dah. Macam tak puas hati sangat sebab tak rasa ke-extreme-an White Water Rafting sebab most of the time, kena tolak raft sebab air rendah. Tiba tiba Renuga beritahu, "Air dah naik siket dah"

Mula-mula agak skeptikal, "Air naik sedikit", betul ke dia nih. Hahaha ! Tapi, sebab kasut aku dengan Khai tertinggal dekat starting point White Water Rafting / Tubing tuh, kami pun tiada pilihan melainkan dengan kena pergi balik.



Cubaan kali kedua ini, Bella pun join juga, lepas dah ajak berkali-kali

"Takpe Bella, ko duduk je, biar Mani paddle"

Tapi, perempuan bernama Kanmani tuh pun still tak kayuh untuk cubaan kali kedua ni.

Second time, best gila ! Sebab air punya paras agak tinggi, dan arus dia pun boleh tahan laju sedikit. Dalam bot kali ni ada aku, Devi, Mani, Bella, Khai, Khai & Khai. Termasuk juga abang yang bertugas untuk mengawal arah tuju raft kami.





Bila sampai kat tempat yang agak challenging tuh tadi, abang tuh cakap,

"Ok lepas ni, lompat forward left ! Jangan pegang tali !"

Excited gila kali ni. Harap-harap tak jatuh la lagi. Hahaha

Bila sampai masa nak lalu dekat Mini Waterfall (seriously, so mini)

3
2
1

....

"Forward left ! "

"Buuuuuuusssssh"

Check semua orang dalam bot, kira kepala ada berapa, "1,2,3,4,5,6,7...." Eh mana lagi seorang ? Hahaha ! Bella terjatuh ! Sebab terjatuh, sekali lagi perempuan dengan nama Mani ini, ada trust issue. Dia pergi pegang tali.



"Nak lagi tak ?" Abang tuh tanya
"Nak !" Semua orang excited.

Lepas abang tuh angkat raft kami naik atas balik, kami pun cuba untuk kali kedua. Kali kedua, nasib baik takde orang jatuh.





Bila semua group dah settle, kami pun naik semula ke atas raft. Ingatkan dah habis, tiba tiba abang tuh cakap "Ada lagi satu". Ok la macam best, apa benda lagi satu tuh ?

Sampai satu tahap, dia tarik raft kami sampai 90 darjah.


90 darjah tuh macam mana ? Gambar di atas tidak menunjukkan keadilan kepada abang tuh, bagaimana dia tarik sampai 90 darjah. Untuk nampak lebih jelas, sila rujuk gambar di bawah ;


.................

Of course, gambar di atas diambil lepas semua orang jatuh dalam sungai.

Lepas tu, semua orang pun me-relaks-kan badan dengan terapung dekat sungai tuh. Sangat chill, yang bestnya sebab dapat satu kumpulan dengan mereka-mereka ini. Mulalah aktiviti pelik lepas tuh, pegang tangan buat bintanglah, dan juga benda benda pelik yang lain.


Selepas itu, kami dihidangkan dengan makanan tengah hari yang di masak oleh Encik Pie (sekali lagi, bukan untuk dimakan). Lepas tuh, semua orang pun tukar pakaian kering, dan bertolak menuju ke Dewan Orang Ramai Daerah Hulu Selangor untuk acara Perasmian Tahun Melawat Selangor 2015 Daerah Hulu Selangor Briefing tentang Bird Race, dan juga penyampaian hadiah untuk pertandingan Instagram #TSDayout Hulu Selangor ni.

Dah lah percuma, ada pertandingan Instagram pulak tuh ! Enam hadiah disediakan, kalau menang, setiap seorang dapat RM 150 tunai.

Percuma, aktiviti best, makanan sedap, dan ada peluang menang RM 150. What's not to love ? Untuk maklumat lebih lanjut tentang program #TSDayout anjuran Tourism Selangor, boleh klik SINI. Follow juga Tourism Selangor di Twitter (klik SINI), Instagram (klik SINI) dan juga Facebook Page (sila klik di SINI) untuk maklumat lebih lanjut tentang program-program anjuran Tourism Selangor, aktiviti-aktiviti menarik di Selangor yang anda boleh turut serta, dan juga of course, maklumat tentang program #TSDayout yang seterusnya.

Terima kasih Tourism Selangor !





1 comment:

  1. Rindunya... nak ber rafting ngan korang lagiii...

    ReplyDelete